Powered By Blogger

Sunday, March 29, 2009

Kembali selepas lama menyepi.....

Huh..lama beb aku tak update blog ni...macam2 benda yang jadi kat aku & my family. satu family aku termasuk lah aku sekali demam maksimum..aku tak pernah rasa demam seteruk itu, panas giler dah la tu lama lak tu 4 hari pun tak ok lagi...memang aku bergantung pada ubat sungguh kalo tak flat beb......kena gaya lak dalam aku demam2 tu keje lak tengah busy dengan ofis baru kat menara 1...lagi la buat aku tak keruan. tapi alhamdulillah aku dapat recover & siapkan keje2 aku walaupun tak 100% tapi yang penting dah fully function.

Golf punya cerita...
Aku tak penah lagi dalam sejarah tak datang main bila dah janji dengan orang....nak dijadikan cerita ada la satu hari tu aku dah setkan main dengan kawan .....gian sebab dah lama tak main hehe. Dia suruh aku ada kat kelab kul 7.30am, aku pun set..aku ni baru nak segar dari demam, malamnya pulak anak aku yang kecik lak demam & tak leh nak tido...kul 4.30am aku baru tido...sedar2 je di pagi hari dah kul 8.00am hujan lak lebat hehe padan muka aku, ape lagi gelabah lah sms kawan aku...punya la dia mengamuk kat aku...ape aku leh buat...bak kata amir raja lawak..."i am sorry"...so tak main lah aku hari tu....tapi hari ni aku dah tebus balik, aku jadi penganjur & dia yang menyelit hehehe so far ok la dia pun dah tau cerita sebenar...game aku???sangat teruk tapi peliknya aku leh champ lak hari ni hehehe...

Pemilihan UMNO
Bagi aku sama je...takde yang berubah kat aku walaupun pemimpin umno berubah. kadang2 aku rasa macam umno ni da tersasar pun ye jugak...dah tak lagi memperjuangkan bangsa lebih pada kemewahan je....bila aku dengar je KJ menang lagi lah aku boring...tak tau lah kenapa...

Plan B
So far biz aku berjalan baik...walaupun agak slow sikit sekarang ni sebab aku gak la...busy dengan keje ofis. aku nak ucapkan terima kasih kat my beloved wife sebab memahami, menyokong dan yang paling aku bangga dia pun bersemangat nak join biz score A ni....tq my dear. yang pentingnya sekarang ni ialah target aku..aku akan pastikan ianya tercapai walau apa pun sekali halangannya...aku boleh....
Earth Hour
Aku secara lansung telah terlibat sebagai committee untuk earth hour ni...ikutkan je lah dah terpilih nak buat camna...walaupun Opus tak extreme tapi kira ok lah janji terlibat. so aku ditugaskan untuk pastikan semua electrical device kat ofis ditutup so hari jumaat hari tu ada lah sesi photografi ngan Rosli hehe jadi model jap aku beb...then sabtu malam aku datang gak la nak last inspect dan aku tengok Faber staff buat lagi best beb....(tgk photo bawah) pastu siap bos2 dia orang turun support...kan best camtu.









adios....

Thursday, March 5, 2009

KERJA BERAT......

Penat beb.....bukan sebab ape, biasa lah kan dalam melakukan sesuatu usaha di peringkat awal adalah sesuatu yang paling mencabar....tapi bagi aku ini adalah satu cabaran besar buat aku untuk membuktikan yang aku juga boleh berjaya seperti orang lain....yang penting jangan cepat putus asa beb.....aku dah rebut peluang, aku dah bagi 300% usaha, dan aku rasa masih ada lagi yang perlu aku buat hehehe...aku tau aku pasti boleh. biasalah dalam menjalankan networking biz ni...dugaan terlalu kuat..bak kata sifu "kerengga2 ni adalah penghalang besar untuk seseorang itu berjaya dalam networking biz ni...."aku sahut beb cabaran kawan2....aku akan pastikan matlamat dan juga impian aku tercapai...insyaallah....


adios....

Wednesday, March 4, 2009

Akhirnya menjadi realiti...

Tak disangkan pulak akhirnya cerita rekaan P.Ramlee menjadi kenyataan hehehe....negeri Pasir 2 butir telah mengadakan sidang di bawah pokok dan kerajaan PR pula dengan selambanya telah mengadakan sidang tergemparnya di bawah pokok hehehe...tidakah iaanya suatu realiti???? bagi aku ianya adalah perkara yang cukup memalukan negara je..

adios...

Monday, March 2, 2009

APA NAK JADI....

Apa lah nak jadi dengan Perak sekarang nih!!!....macam takde kesudahan je, dia kata dia berkuasa yang lain pulak kata dia lebih berkuasa....camna????

adios...

Sunday, March 1, 2009

Pemalasnya aku ini...

Disebabkan sikap pemalas ini lah aku tak dapat nak main bermain dengan baik walaupun kat favorite course aku...hampeh...aku dah lama sangat tak gi training, tau2 je nak terus masuk padang..pulak tu main dengan buaya2 besar nyaris2 aku menjadi makanan dia orang. nampaknya aku kena start balik rutin training aku sekali dalam seminggu.

Tiger is backkk....
Sanggup aku tunggu depan tv semata2 nak tengok tiger main....Nak buat camna, nasib tidak menyebelahi tiger, kalah pada 2nd round dengan Tim Clark....takpe lah dia pun baru main kan heheh alasan biasa tu. akhirnya Ogilvy yang menang..he deserved it walaupun bola dah masuk dalam desert celah2 pokok cactus lagi amik drop lagi...kalo dah rerzeki dia tak ke mana hehehe.


adios...